Wednesday 24 October 2012

Renungan Sejenak


Wahai Adam,

ciri ciri lelaki soleh atau wanita solehah hatinya sentiasa terpaut ...
Hawa itu tercipta indah dari rusukmu
Terlindung 1001 hikmah disebalik keindahan itu
Janganlah engkau sengaja patah-patahkan ia
Sebaliknya luruskannya dengan penuh hikmah & sayang..


Wanita akal senipis rambutnya
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya
Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa..


Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok,
menghasilkan bayang yang lurus ..


Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal
Di situlah punca kekuatan dunia ..
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca
Kuatkanlah ia dengan iman…
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak
Ingatlah perananmu wahai lelaki bergelar pemimpin..

Suburkanlah dia kerana dari situlah nantinya
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabbi
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Allah… sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah
kerana nantinya mereka akan semakin derita


Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah
Didiklah mereka dengan panduan darinya
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta
kerana nantinya mereka semakin liar
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan


Bila wanita menjadi derhaka
pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara…
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata
Tapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kepadanya
Jinakkan diri kepada Allah
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu


Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali karamallahuwajhah…
Bukankah kamu lelaki punya peranan besar terhadap hawa?


Lindungilah hawa itu.
Jadilah pemimpin imamnya yang terbaik.
Lindungilah hawa itu
Lunakkan telingamu dan ajarinya
dengan nafas alunan suci Quran…
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbinya  



Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus
Bahkan akan semakin membengkok
Alangkah bertuahnya berada di bawah Nur Islam,
di mana segala kesusahan, kesakitan, kesedihan,
kerinduan, kegelisahan yang dihadapi
dapat diharungi bersama dengan sabar dan redha
mengkafarahkan dosa-dosa kecil..


Wahai lelaki…wahai adam,
Lindungilah hawa selagi kamu mampu,bukan menyakitinya
Bimbingilah hawa di jalan NurNya,bukan menyesatkannya
Wangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah,bukan meracuninya
Jadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya,saling membantu
Hilangkanlah egomu kerana itu api yang membenamkan nur kebahagiaan
Ingatlah wahai lelaki.. ♥


Wahai lelaki yang punya peranan besar..
... being a better muslim.....: Lelaki idaman ...setiap wanita muslim
Jika benar kau mencintainya maka cintailah dia sepenuh hatimu.. jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu, jagalah dia dgn baik, kasihanilah dia, lindungilah dia, berilah kasih sayang padanya, nasihatilah dia, bawalah dia ke jalan Allah, perbetulkan kesilapannya, bersabar dengannya, terimalah kekurangannya, jadi imamnya dan redhalah padanya..
Moga dia menunggumu di syurga sebagai bidadarimu….
Lelaki yang soleh untuk wanita yang solehah.. =).. betapa indahnya sebuah keluarga....

Saturday 13 October 2012

Kesimpulan & Senarai Rujukan

KESIMPULAN

Kesimpulan menurut Zafir Mohd.Makhbul, Mohd.Hizam Hanafiah dan Fazilah Mohamad Hasun berdasarkan Teknologi dan Pembelajaran dan Pembangunan Pekerja adalah teknologi kini merupakan satu alat untuk memperolehi kelebihan persaingan demi organisasi. Dengan mempunyai teknologi yang canggih, organisasi berupaya bersaing dengan lebih berkesan di pasaran. Walaupun begitu, pengurus hendaklah mengetahui kitaran hayat teknologi agar teknologi organisasi sentiasa seiring dengan pekembangan semasa. Selain itu, pengetahuan manusia dalam menerima pakai teknologi adalah penting agar pembangunan teknologi dilakukan dengan berjaya.

Manakala pampasan dan perancangan faedah hendaklah  perlulah seimbang dan adil kepada para pekerja bagi membolehkan kesemua pekerja menikmati kesan positif yang wujud dari pampasan dan perancangan faedah yang terbaik yang diberikan oleh organisasi kepada setiap pekerjanya. Disamping itu juga, sebagai seorang pekerja akan lebih merasa terjamin apabila berada dalam organisasi. Keselesaan ini menyebabkan seorang pekerja tersebut dapat menumpukan perhatian terhadap setiap perkara pekerjaan yang perlu dijalankan .

 Dalam Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, pihak majikan dan pekerja haruslah bekerjasama dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja bagi setiap pekerja di Malaysia. Perkara ini bertujuan agar dapat memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan setiap pekerja dalam setiap organisasi akan lebih terjamin. Dengan ada badan khas seperti OSHA, NIOSH, SIRIM yang mengawal mutu keberkesanan  dari segi keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini akan dapat memberikan impak positif dan kesedaran tentang aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di dalam organisasi.mahupun badan kerajaan ataupun sektor swasta.



SENARAI RUJUKAN :-



3.  Dr. Zafir Mohd Makhbul dan Fazilah Mohd Hasun, 2008. Prinsip Pengurusan Sumber Manusia. Selangor.Leeds Publications, hlm 241-277.

4.      Jonathan Lister (2010). Retrieved from:

5.    June M.L Poon, 2006. Pengurusan Sumber Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm126-155

6.    Maimunah Aminuddin, Penterjemah Dr.Fauziah Noordin, 2003. Asas Pengurusan Sumber Manusai. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd, hlm147-165


8.   Ab Azizi Yusof, Mohd Subri Tahir dan Mohammad Ismail.2008.Human Resource Management a holistic approach.Shah Alam, Selangor.Arah Publications.

Blog 2.3

TOPIK  3  : WEB  BERASASKAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA.

Dalam Organisasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor telah mewujudkan laman web khas bagi pengguna dan pelayar internet sekiranya ingin mencari sumber maklumat mengenai info- info keselamatan dan kesihatan yang boleh dibaca dan dimuat turun. Info – info keselamatan ini amat penting dan berguna kepada kakitangan jabatan itu sendiri dan orang ramai yang ingin menperolehi maklumat tersebut. Sebagai contoh sebelum kewujudan web – web keselamatan ini , Jabatan Bomba banyak mengeluarkan pamplet, edaran risalah mengenai info – info keselamatan dan kesihatan kepada orang ramai dan kakitangan ini menyebabkan kos bagi peruntukkan tersebut tinggi, oleh yang demikian dengan adanya sistem web ini banyak memberi kebaikkan dan berguna bagi orang ramai yang ingin mencari maklumat sebagai rujukan ataupun sebagai maklumat pada diri sendiri, keluarga dan orang ramai.
Sejajar dengan peruntukkan Seksyen 16, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ( Akta 514 ), dimana Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia  telah menggubalkan dasar dalam menjadikan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan suatu amalan yang penting kepada kakitangan jabatan iaitu :
I ) Menjadikan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang penting dan integral dalam semua aspek pengurusan kebombaan selaras dengan kehendak undang – undang Negara. II ) Membudayakan sistem kerja selamat berteraskan kefahaman, tanggungjawab dan pengaturan diri. III )Mencegah dan mengurangkan kejadiaan kemalangan, kecederaan dan penyakit melalui penaksiran risiko dinamik di tempat operasi kebombaan dan penyelamatan  serta di tempat kerja.  IV) Menyediakan latihan latihan dan garis panduan bagi memupuk dan mnedisiplinkan pekerja supaya mereka dapat mengamalkan tahap keselamatan yang tinggi dalam setiap pekerjaan.
Selain daripada dasar yang dikeluarkan, diri sendiri sebagai seorang pekerja juga memainkan peranan dalam mencari maklumat dan ilmu pengetahuan yang sebanyak mungkin bagi mengetahui setiap hak-hak yang aku miliki dan membolehkan setiap pekerja yang dijalankan mendapatkan hak keselamatan dan kesihatan semasa menjalankan tugasan. Hak – hak keselamatan dan kesihatan ini penting bagi menghindarkan kemalangan yang berlaku berpunca daripada pesekitaran kerja itu sendiri, namun kelalaian dalam menjaga keselamatan dan kesihatan diri sendiri juga menjadi puncanya dan kemungkinan juga akan menjejaskan masa depan diri sendiri.
Dengan adanya Web ini Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dapat meningkatkan imej jabatan ini dimana sistem web ini memberikan penilaian kepada orang ramai dalam mengenali secara lebih dekat organisasi Jabatan Bomba dan Penyelamat dari segi tugas, keselamatan, operasi pemadan dan penyelamatan, info – info keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Info keselamatan yang boleh dimuat turun bagi orang ramai untuk sebagai rujukan keselamatan sepertimana di link dibawah yang boleh dijadikan panduan.
§  Poster Program Kesedaran Keselamatan Kebakaran
§  Keselamatan Jalan Raya



Wednesday 3 October 2012

Blog 2.2

TOPIK 2 :  PAMPASAN BERASASKAN WEB DAN SISTEM MANFAAT

         Satu pelan pampasan dan faedah bagi membantu organisasi untuk menarik pekerja yang berkualiti tinggi. Saat ini, pekerja banyak mementingkan untuk pampasan yang seperti wang tunai apabila mempertimbangkan sama ada pekerjaan tersebut juga menawarkan mereka dari segi keselamatan, kestabilan dan masa depan yang cerah dalam sesuatu pekrjaan yang diceburi. Oleh yang demikian dengan adanya faedah pampasan yang baik ini juga dapat mengekalkan pekerja yang berkualiti dalam organisasi tersebut.

Faedah Pampasan adalah berbeza, ia adalah pendapatan yang diperolehi bagi kerja yang dilakukan. Contoh pampasan termasuk upah, gaji, tip, bonus, dan komisen. Faedah tunai dan bukan tunai ganjaran adalah sampingan untuk pampasan, ianya termasuk juga seperti insurans kesihatan, cuti rehat, pencen, dan lain-lain lagi. Jonathan Lister (2010) menyatakan bahawa pelan strategi untuk pampasan pekerja dan faedah menentukan berapa banyak organisasi mahu membayar pekerja dan apa jenis pekerja organisasi mahu menarik pekerja dalam menyertai organisasi mereka.



Jonathan Lister (2010) menyatakan bahawa pelan strategi untuk pampasan pekerja dan faedah menentukan berapa banyak organisasi mahu membayar pekerja dan apa jenis pekerja organisasi mahu menarik pekerja dalam menyertai organisasi mereka.

Pelan strategi untuk pampasan dan faedah memainkan peranan yang besar dan penting dalam menarik pekerja yang kompeten dan berdaya saing tinggi. Dengan penetapan gaji yang tinggi berdasarkan pengalaman kerja dan kemahiran yang yang ada pada sesorang pekrja tersebut ianya membolehkan pekerja tersebut menikmati pampasan gaji yang menarik pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, mempunyai pekerja lebih berkelayakan akan membawa kepada produktiviti yang tinggi dan perkembangan positif dalam organisasi.

Di samping itu, pelan strategi untuk pampasan dan faedah juga termasuk ganjaran untuk pekerja berdasarkan kepada prestasi di tempat kerja. Sebagai contoh, Sebuah Organisai yang berasaskan sistem ganjaran pekerja untuk jumlah jualan atau bagi maklum balas yang konsisten positif daripada pelanggan melalui sistem ini manfaat dan faedah menjadi mudah untuk pekerja bagi memahami dan dapat dicapai untuk menggalakkan pekerja untuk bekerja keras bagi mencapai matlamat dalam kerjaya mereka.dalam Contoh lain dalam organisasi Jabatan Bomba  pampasan atau ganjaran akan diberikan sekiranya pekerja tersebut mencapai Penilaian Prestasi Tahunan yang baik ( 95 % ) keatas dan akan terus dicalonkan bagi mendapat ganjaran Anugerah Perkhidmatan Jabatan ianya dinilai berdasarkan prestasi 1 tahun dalam setiap perkhidmatan pekerja tersebut.


Selain itu, sistem pampasan dan faedah ini amat berguna dalam mengekalkan pekerja yang berkualiti. Pampasan berdasarkan kesetian pekerja dengan syarikat  ataupun organisasi menunjukkan pekerja baru bahawa organisasi menghargai pekerja yang memilih untuk kekal dengan syarikat itu untuk tempoh jangka panjang. Ini akan menggalakkan pekerja baru untuk memberikan komitmen yang tinggi untuk membina kerjaya dengan organisasi dan dapat mengurangkan pekerja daripada menukarkan pekerjaan kepada syarikat atau organisasi yang lain. Secara ringkasnya, faedah dan sistem pampasan yang menarik dapat mengekal dan memotivasikan pekerja yang berkualiti adalah amat penting.

Blog 2.1

TOPIK 1 : PEMBELAJARAN DAN PEMBANGUNAN WEB BERASASKAN TEKNOLOGI DAN PEKERJA


             Sistem maklumat membantu organisasi banyak, perkara yang boleh dilakukan dengan mudah dan berkesan. Menurut Serrat (2009) menyatakan bahawa sebuah organisasi pembelajaran pengaruh keberkesanan dalam membangunkan organisasi. Organisasi kini tidak sabar-sabar untuk melaksanakan Pembelajaran Pekerja dan Pembangunan (diinteresterifikasi) sistem. Fungsi sistem ini adalah untuk mengurus dan mengatur latihan pekerja, perancangan kerjaya dan pembangunan. Di samping itu, sistem diinteresterifikasi juga boleh membantu dalam menganalisis kerjaya pekerja berdasarkan kelayakan dan prestasi mereka pada masa yang sama ia boleh mencadangkan latihan yang betul yang perlu untuk menaik taraf dan membangunkan pengetahuan, kemahiran pekerja dan kebolehan.



Selain itu, aku berpendapat bahawa organisasi boleh merancang dan mematuhi latihan pekerja, pembangunan kerjaya dan juga prestasi pekerja. Sistem ini juga boleh digunakan untuk menganalisis pembangunan pekerja, membolehkan untuk mengesyorkan program latihan dan penilaian prestasi secara berkala untuk kakitangan dan akhirnya sistem ini akan membantu pihak pengurusan untuk menganalisis jenis latihan dan keberkesanannya kepada pekerja.

Kini e-pembelajaran telah menjadi agak terkenal. Banyak organisasi memilih untuk menggunakan e-pembelajaran dan bukannya menghantar kakitangan mereka untuk latihan. Dengan menggunakan e-pembelajaran, kita boleh menjimatkan masa, kos kewangan dan ianya lebih cepat daripada menghadiri latihan atau program. Organisasi juga tidak perlu untuk menghabiskan masa untuk melantik atau mengupah konsultan / jurulatih untuk menjalankan latihan bagi kakitangan dalam organisasi mereka.


Sektor kerajaan juga melaksanakan agensi-agensi mereka dengan program e-pembelajaran seperti EPSA. Mereka hanya perlu mengakses laman web dan meluangkan sedikit masa untuk membaca bahan-bahan dari laman web itu dan menjawab soalan yang diberikan. Sebaik sahaja anda melengkapkan proses itu, secara automatik sistem akan mengeluarkan sijil yang menunjukkan anda hanya melengkapkan kursus. Sijil-sijil ini perlu hantar ke jabatan sumber manusia untuk mengemaskini dalam sistem data kakitangan rekod latihan pekerja- pekerja tersebut. Ia adalah sangat penting bagi tujuan merekod latihan supaya ia boleh membuat rujukan kepada pihak pengurusan atasan untuk membuat beberapa keputusan seperti kenaikkan pangkat, kehadiran latihan berkursus, penilaian prestasi dan sebagainya.


Terdapat organisasi dengan intranet. Intranet adalah tempat di mana kita boleh mendapatkan dokumen, persembahan power point, slide, video, jurnal atau apa-apa bahan lain untuk membaca. Sebagai contoh dalam pelaksaan modul – modul pembelajaran seperti MYAPP, SPI, HIRMIS dalam Jabatan Bomba dimana sistem ini membolehkan pekerja-pekerja untuk belajar bagaimana sistem ini membantu pekerja-pekerja dalam menyiapkan tugasan seharian dan melengkapkan maklumat-malumat pembelajaran bagi tujuan menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran diri.

Terdapat kelebihan dan kelemahan dalam sistem ini. Kelebihan boleh menimba ilmu dengan kos rendah daripada menghadiri latihan. Selain itu, pekerja juga boleh meningkatkan kemahiran komputer mereka. Keburukan menggunakan sistem ini adalah kekurangan interaksi di kalangan pelatih. Pada masa yang sama mereka tidak boleh merujuk mana-mana satu jika mereka tidak memahami maklumat tentang latihan.

Senarai Rujukan & Kesimpulan

KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat dirumuskan ialah sistem maklumat sumber manusia berasaskan komputer boleh membantu pengurusan sumber manusia menjadi lebih berkesan dan cekap di dalam menguruskan rekod-rekod staf organisasi. Ia juga membantu organisasi menyediakan perancangan sumber manusia untuk menyokong perancangan strategik dan taktikal organisasi. ( Laudon, K. C. & Laudon, J. P. 2000) Sistem maklumat pengurusan memberi sumbangan yang besar kepada organisasi dengan membekalkan maklumat yang diperlukan oleh organisasi. Maklumat ini disediakan kepada pengurus-pengurus organisasi dengan tujuan membantu sebarang penyelesaian masalah yang dihadapi oleh organisasi. Penggunaan sistem maklumat pengurusan akan memudahkan pengurus untuk mengenalpasti masalah-masalah yang wujud, kemudian memahami masalah dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut. ( Laudon, K. C. & Laudon, J. P. 2000).

Manakala pengambilan dan pemilihan pekerja adalah suatu proses yang penting dalam menentukan calon-calon yang sesuai dengan jawatan yang dipohon, melalui pemilihan ini juga calon diuji dengan kemahiran yang sedia ada dalam memberikan impak yang positif kepada penemuduga semasa proses pemilihan calon ini juga. Organisasi perlu memainkan peranan yang penting dalam proses pemilihan dan pengambilan pekerja agar setiap organisasi dapat menjaga kepentingan terhadap organisasi untuk melahirkan para pekerja yang berkelayakan untuk mengemudi organisasi tersebut pada masa hadapan.

Pengurusan Prestasi adalah suatu penilaian yang amat penting kepada pekerja yang telah memberi khidmat dari segi tanggungjawab tugas, oleh yang demikian pihak majikan mahupun organisasi perlulah menilai dengan seadilnya dan membuat penilaian yang baik yang mampu memberikan peluang kenaikkan pangkat ataupun ganjaran kepada pekerja tersebut di masa hadapan.

SENARAI RUJUKAN

1.                  www.jpa.gov.my
2.                  http://www.jpa.gov.my/75/artikel/pg25.pdf
3.                Kenneth C.Laudon (2000),  Information System Management , Six Edition , New York  Prentice Hall.
4.                  Alex K.B Yong ( 1996 ). Malaysian Human Resource Management : MIM Kuala Lumpur.
5.                  www.bomba.gov.my
6.                  www.spa8.gov.my
8.                  www.eghrmis.gov.my.
9.             Laudon, K. C. & Laudon, J. P. (2000) Management Information Systems. (6th ed.) Prentice-HallInc.
10.     MALAYSIA, Open University. (2007). CBMS4203 Sistem Maklumat Pengurusan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd

Blog 1.3

TOPIK 3    :    PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN PEKERJA


          Proses prestasi pekerja adalah faktor penentu yang dinilai atau digunakan oleh Pembangunan Sumber Manusia untuk mengukur tahap prestasi setiap pekerja sepanjang tahun namun ada masa amat tidak adil kerana sebagai contoh seseorang berkerja dalam perkhidmatan dengan pelanggan setiap hari dan seseorang yang bekerja dibahagian pejabat walaupun dinilai dengan tanggungjawab namun keputusannya tidak adil kerana ianya di sebabkan matlamat utama sesebuah organisasi akan dinilai berdasarkan tahap prestasi pekerja bukan apa yang disumbangkan melalui kerjanya.


Pada pandangan aku proses penilaian prestasi yang dijalankan oleh organisasi kepada setiap pekerja adalah bermatlamat untuk memperolehi kesan positif yang dapat meningkatkan produktiviti setiap organisasi. Selain itu aku rasakan dan juga berharap agar kadar pusing ganti pekerja mampu dikurangkan kerana ganjaran akan diberikan kepada setiap pekerja yang dapat menarik perhatian para pekerja dan mempunyai imej yang baik dalam organisasi terbabit. Peningkatkan prestasi setiap pekerja juga mampu untuk meningkatkan tahap pengurusan sumber manusia.




Proses penilaian prestasi haruslah mengambil kira semua faktor–faktor yang disumbangkan oleh setiap pekerja agar penilaian yang dijalankan dapat memberikan kesan positif terhadap para pekerja dan juga organisasi itu sendiri. Berdasarkan pandanganku proses penilaian prestasi yang dijalankan hendaklah secara 2 hala dimana Majikan dan Pekerja, dapat mengetahui tahap keberkesanan ataupun tahap perkhidmatan yang telah diberikan oleh pekerja terbabit kepada organisasinya. Secara tidak langsung para pekerja juga mampu untuk meningkatkan tahap prestasinya pada masa hadapan agar mampu memberikan khidmat yang cemerlang terhadap organisasi terbabit.


Di samping itu, penilaian prestasi yang dijalankan oleh pihak organisasi juga perlulah menilai sesorang tersebut dari segi tahap keperluan untuk memberikan program latihan yang diperlukan oleh para pekerja untuk meningkatkan tahap prestasi pekerja terbabit pada masa hadapan. Selain daripada itu, pihak organisasi ini juga mampu untuk mengurangkan kos terhadap program latihan yang akan dijalankan agar program tersebut benar-benar mampu memberikan faedah kepada bukan sahaja pekerja terbabit, malah kepada pihak pengurusan sumber manusia dan organisasi itu sendiri.


Tuesday 2 October 2012

Blog 1.2


TOPIK 2 : PEMILIHAN DAN PEREKRUTAN PEGAWAI  BOMBA SEBAGAI BIDANG KERJAYA ANDA

         Perancangan sumber manusia merekrut dan kakitangan. Kedua-dua pengambilan dan kakitangan yang terlibat proses pemilihan tetapi berbeza dalam makna. Pengambilan adalah peringkat awal untuk menarik, skrin dan pilih individu yang memenuhi keperluan untuk jawatan kerja tertentu dalam sesebuah organisasi. Manakala bagi kakitangan adalah untuk memilih dan melatih individu untuk fungsi kerja tertentu yang terdapat dalam organisasi sebagaimana  contoh Sistem Spa8 dalam pengambilan Pekerja Jawatan pegawai Bomba.

Kerjaya sebagai pegawai Bomba sememangnya satu pekerjaan yang mencabar serta menguji kekuatan mental dan fizikal. Sebagai sebuah Jabatan beruniform yang merupakan agensi penyelamat utama di Malaysia, pihak pengurusan telah menetapkan bahawa, hanya mereka yang benar-benar layak dan menepati kriteria sahaja yang boleh diambil untuk berkhidmat dengan Jabatan. Oleh sebab itu, pemilihan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dijalankan dengan teliti dan mempunyai 4 peringkat sebelum seseorang itu boleh ditugaskan dalam Operasi Kebombaan. Kemasukan ke Jabatan ini akan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sepanjang tahun apabila terdapat kekosongan jawatan tersebut. ( www.bomba.gov.my ).

Pengambilan dan pemilihan pekerja dalam sesebuah organisasi merupakan fungsi yang amat penting untuk menjamin kejayaan pengurusan sumber manusia. Tanpa strategi pengambilan dan pemilihan yang baik, organisasi akan mengalami beberapa kesan negatif. Huselid (1994) serta Stewart dan Knowles (2000) menegaskan bahawa amalan pengambilan dan pemilihan pekerja akan memberi kesan ke atas prestasi organisasi secara keseluruhannya. Sebenarnya tujuan umum pengambilan dan pemilihan pekerja adalah untuk mencari pekerja yang terbaik bagi sesuatu jawatan yang bersesuaian (picking the right person for the right job). Di samping itu pihak pengurusan atasan harus memastikan kuantiti dan kualiti sumber manusia dalam organisasi dapat menyokong segala misi, matlamat dan strategi organisasi. Atas dasar inilah pengambilan dan pemilihan pekerja dijalankan dengan teliti dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Gatewood dan Feild (1994) serta Scholarios, Lockyer dan Johnson (2003) mendefinisikan pengambilan dan pemilihan pekerja sebagai proses mengumpul dan menilai maklumat mengenai individu dalam proses menawarkan pekerjaan.”

Pada pandangan saya proses pemilihan dan pengambilan pekerja dalam setiap organisasi merupakan faktor terpenting dalam pengurusan sumber manusia ini adalah kerana pemilihan  dan pengambilan tanpa strategi yang sesuai akan mendatangkan kesan negatif  terhadap sesebuah organisasi. Besar kemungkinan ketidak-seimbangan antara jawatan kosong dengan pekerja yang diambil akan turut wujud di organisasi terlibat. Tujuan utama proses pemilihan dan pengambilan yang dijalankan oleh sumber manusia di setiap organisasi adalah untuk memastikan setiap individu yang dipilih adalah pemohon yang berkelayakan dan mampu untuk mengisi jawatan terbabit serta untuk menarik minat ramai pemohon agar organisasi terbabit mempunyai pilihan untuk menentukan calon yang paling sesuai dan layak bagi mengisi kekosongan jawatan terbabit.

Disini contoh proses gambaran bagaimana pemilihan pekerja yang dilaksanakan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dalam memilih pekerja yang memiliki kriteria kelayakkan yang tinggi dan memenuhi syarat – syarat dari segi akademik, fizikal dan mental yang ditetapkan oleh jabatan bagi mengisi kekosongan perjawatan yang sedia ada.




Langkah Pertama- Isi Borang SPA 8

Permohonan untuk memasuki Skim Perkhidmatan Bomba yang diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web SPA, dimana pemohon yang mempunyai kelayakkan akademik yang baik dan menepati serta mempunyai minat yang mendalam untuk bertugas di Jabatan ini.( www.spa8.gov.my.

Langkah Ke-2 - Ujian Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan

Mana-mana calon yang berjaya dipilih oleh SPA untuk menjalani Ujian Fizikal, Pancaindera dan kecergasan akan dihubungi secara bersurat dan semakan boleh dibuat melalui laman web SPA. Semua calon dinasihatkan untuk memastikan pendaftaran SPA 8 ini sentiasa dikemaskini atau diperbaharui setiap kali tamat tempoh setahun bermula dari tarikh pendaftaran. Calon yang memohon untuk kemasukan bagi Skim Penguasa Bomba (Kelayakan Akademik sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda) akan menerima surat untuk menjalani pemilihan secara Pusat Penilaian Individu Bomba (PPIB) di pusat-pusat tertentu.

i) Pemeriksaan Fizikal

Ukuran Berat - Min. Lelaki 48 kg, Wanita 46 kg
UkuranTinggi - Min Lelaki 1.57 m, Wanita 1.53 m
Body Mass Indexes- Berat/Tinggi/Tinggi mesti diantara 19 hingga 26.
Ukuran Dada (bagi lelaki sahaja)- ukuran dada mestilah sekurang-kurangnya 79 sm dalam keadaan biasa dan 84 sm semasa menarik nafas. Ukuran 79 sm adalah ukuran minimum. selain dari itu ukuran dada hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai perbezaan 5 sm diantara ukuran biasa dengan semasa menarik nafas.

ii) Ujian Pancaindera
Ujian Penglihatan- Ketetapan pada tahap V/6/9. Jarak calon dengan papan ujian adalah 20 kaki tanpa bantuan cermin mata atau kanta sentuh.
Ujian Pengecaman Warna - Dilaksanakan dengan meminta calon menyatakan apa yang dapat dilihat pada buku pengecaman warna.

iii) Pemeriksaan Fizikal
Pemeriksaan dibuat kepada keseluruhan tubuh badan untuk melihat keadaan fizikal seorang calon bagi kesesuaian untuk memasuki badan beruniform. Bagi calon Wanita pula, tubuh badan akan diperiksa oleh Pemeriksa wanita.

iv) Ujian Kecergasan
a) Mengangkat berat menggunakan besi angkat berat- calon lelaki perlu mengangkat besi dengan berat 54kg dan calon wanita mengangkat besi pemberat seberat 46kg.
b) Menegakkan tangga bomba- calon perlu menjulang dan menegakkan tangga bomba sehingga tegak 90 darjah. Tiada perbezaan di antara calon lelaki dan wanita.
c) Naik dan turun tangga 16 meter- Calon perlu naik dan turun tangga 16 meter yang      ditegakkan di bangunan (lebih kurang 44 anak tangga)
d) Memanjat tali sehingga 4.5 meter- calon perlu memanjat tali yang diikatkan sepanjang 4.5 meter. Tiada perbezaan di antara calon lelaki dan wanita

PUSAT PENILAIAN INDIVIDU ( PPIB )
PPIB merupakan tambahan bagi calon Kemasukan ke Skim Perkhidmatan Penguasa Bomba dimana calon Skim Perkhidmatan Penguasa Bomba KB 29 & KB 41 akan mengikuti ujian di atas di Pusat Penilaian Individu Bomba. Selepas selesai Ujian di atas calon ini akan mengikuti penilaian di dalam kelas yang dijalankan oleh fasilitator Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Langkah Ke-3- Proses Temuduga.

Calon-calon yang berjaya dalam Ujian di atas sahaja akan dipanggil untuk menjalani sesi temuduga. Sesi temuduga akan dijalankan oleh panel yang dilantik oleh pihak SPA. Calon yang lulus akan dipanggil untuk melaporkan  diri kepada Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di mana-mana tempat yang ditetapkan di dalam surat tawaran.

 Langkah Ke-4 Proses Pra-Penempatan Kursus Asas di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia.

  Pada kebiasaannya, calon akan diminta untuk melaporkan diri bagi memulakan perkhidmatan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi menjalani Kursus pra penempatan. Terdapat 5 Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia iaitu di Wakaf Tapai, Marang, Terengganu; Kuala Kubu Bharu, Selangor; Ipoh, Perak; Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.

2.5   Tempoh berkursus ( Rekrut )
       
Dalam tempoh berkursus  atau rekrut ini Pegawai –Pegawai Bomba ini akan menjalani latihan yang telah ditetapkan modulnya seperti Model Operasi ( Kawat kaki, Kawat Operasi, Kawat Pedang, Kawat Tongkat  dll.),Modul Pencegahan & Keselamatan, Modul Pengurusan, Modul kejuruteraan, dan Modul latihan Pembangunan. Pelatih – pelatih ini dikehendaki lulus dalam kesemua ujian yang ditetapkan oleh pihak Jabatan dan barulah Pegawai – pegawai tersebut akan tamat berkursus dan dianugerakan Sijil Atau Diploma Sains kebombaan.

a) Nama Kursus:  Kursus Sijil Sains Kebombaan : Pegawai Bomba Gred KB17 akan menjalani kursus ini selama sekurang-kurangnya 4 1/2 bulan.
b) Nama Kursus: Diploma Sains Kebombaan : Penolong Penguasa Bomba KB29 akan menjalani kursus ini sekurang-kurangnya selama 6 bulan
c) Nama Kursus: Diploma Lanjutan Sains Kebombaan : Penguasa Bomba Gred KB41 akan menjalani Kursus ini sekurang-kurangnya 9 bulan.

PENEMPATAN TEMPAT BERTUGAS

Setelah Pegawai – pegawai Bomba tersebut tamat berkursus dan menjalani latihan kursus mandatori ( Mencari Dan menyelamat & Alat Pernafasan  ), mereka akan ditempatkan untuk bertugas ke negeri – negeri yang mempunyai kekosongan dari segi kekosongan di bahagian operasi, pencegahan, latihan dan pembangunan.