Tuesday 2 October 2012

Blog 1.1

TOPIK 1 : KEBAIKAN DAN KELEBIHAN KOMPETITIF SISTEM MAKLUMAT SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI JABATAN KERAJAAN

             Pengurusan sumber manusia yang cekap lagi berkesan harus berlandaskan kepada satu sistem elektronik yang memudahkan pengumpulan dan penyebaran maklumat kepada unit-unit pengurusan sumber manusia di semua Jabatan dan agensi. ( Jane P.Laudon 2000 ).  Dengan peningkatan penjawat awam, proses pengumpulan data secara manual tidak mencukupi untuk membolehkan pengurusan sumber manusia dilaksanakan secara berkesan.


             JPA telah membangunkan Sistem Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) berasaskan elektronik. HRMIS ialah salah satu aplikasi Kerajaan Elektronik dalam projek MSC Malaysia. Antara peranan Kerajaan Elektronik adalah sebagai penyampai perkhidmatan kepada rakyat bagi memudahkan transaksi perniagaan dan juga perantara perkhidmatan di antara agensi kerajaan. Sistem itu bukan sahaja mengautomasikan data-data yang disimpan secara manual sebelum ini, bahkan ia bertindak sebagai ‘bank maklumat’ yang boleh digunakan untuk meningkatkan lagi penyampaian Perkhidmatan Awam.
Secara dasarnya, HRMIS merupakan sistem bersepadu, dimudah carakan oleh teknologi yang menggabungkan amalan terbaik pengurusan sumber manusia. Dengan adanya sistem HRMIS ini, ia mewujudkan persekitaran kerja baru bercirikan kepada kepantasan, ketelusan, kemampuan mengesan tindakan yang diambil dan kebolehpercayaan. “Sistem ini dilaksanakan di keseluruhan JPA dan dihubungkan dengan 724 agensi kerajaan di seluruh Negara. ( http://www.jpa.gov.my )
Untuk itu, setiap penjawat awam diwajibkan untuk mengemaskini data masing-masing sekiranya terdapat sebarang perubahan data. Pada masa sama, sistem HRMIS juga bertujuan menyediakan satu bentuk pengurusan sumber manusia dengan lebih cekap dalam Perkhidmatan Awam yang merangkumi semua aspek pembangunan sumber manusia bermula dari tarikh seseorang kakitangan itu dilantik hinggalah ke hari persaraannya.( www.eghrmis.gov.my.)
KELEBIHAN SISITEM HIRMIS
ü  Membolehkan pengurus sumber manusia meluangkan lebih masa untuk menganalisis, merancang dan mengenal pasti peluang-peluang  penambahbaikan.
ü      Aktiviti-aktiviti sumber manusia dapat dijalankan dengan lebih mudah dan pantas dengan adanya kemudahan   
       maklumat secara real-time dan online.
ü       Polisi dan prosedur sumber manusia yang seragam dan maklumat sumber manusia yang bersepadu      
      membolehkan proses-proses tertentu dijalankan secara konsisten serta memudahkan penggunaan sistem ini   oleh semua agensi.
ü      Maklumat sumber manusia bersepadu membolehkan perkongsian maklumat yang tepat dan cepat.
ü       Produktiviti, motivasi dan kepuasan pegawai akan meningkat dengan adanya peralatan dan kemudahan  
       komputer lebih baik dan dapat mengurangkan kerja kerja yang bertindih dan pengautomasian proses-proses 
       kerja.
   


No comments:

Post a Comment