Tuesday 2 October 2012

Blog 1.2


TOPIK 2 : PEMILIHAN DAN PEREKRUTAN PEGAWAI  BOMBA SEBAGAI BIDANG KERJAYA ANDA

         Perancangan sumber manusia merekrut dan kakitangan. Kedua-dua pengambilan dan kakitangan yang terlibat proses pemilihan tetapi berbeza dalam makna. Pengambilan adalah peringkat awal untuk menarik, skrin dan pilih individu yang memenuhi keperluan untuk jawatan kerja tertentu dalam sesebuah organisasi. Manakala bagi kakitangan adalah untuk memilih dan melatih individu untuk fungsi kerja tertentu yang terdapat dalam organisasi sebagaimana  contoh Sistem Spa8 dalam pengambilan Pekerja Jawatan pegawai Bomba.

Kerjaya sebagai pegawai Bomba sememangnya satu pekerjaan yang mencabar serta menguji kekuatan mental dan fizikal. Sebagai sebuah Jabatan beruniform yang merupakan agensi penyelamat utama di Malaysia, pihak pengurusan telah menetapkan bahawa, hanya mereka yang benar-benar layak dan menepati kriteria sahaja yang boleh diambil untuk berkhidmat dengan Jabatan. Oleh sebab itu, pemilihan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dijalankan dengan teliti dan mempunyai 4 peringkat sebelum seseorang itu boleh ditugaskan dalam Operasi Kebombaan. Kemasukan ke Jabatan ini akan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sepanjang tahun apabila terdapat kekosongan jawatan tersebut. ( www.bomba.gov.my ).

Pengambilan dan pemilihan pekerja dalam sesebuah organisasi merupakan fungsi yang amat penting untuk menjamin kejayaan pengurusan sumber manusia. Tanpa strategi pengambilan dan pemilihan yang baik, organisasi akan mengalami beberapa kesan negatif. Huselid (1994) serta Stewart dan Knowles (2000) menegaskan bahawa amalan pengambilan dan pemilihan pekerja akan memberi kesan ke atas prestasi organisasi secara keseluruhannya. Sebenarnya tujuan umum pengambilan dan pemilihan pekerja adalah untuk mencari pekerja yang terbaik bagi sesuatu jawatan yang bersesuaian (picking the right person for the right job). Di samping itu pihak pengurusan atasan harus memastikan kuantiti dan kualiti sumber manusia dalam organisasi dapat menyokong segala misi, matlamat dan strategi organisasi. Atas dasar inilah pengambilan dan pemilihan pekerja dijalankan dengan teliti dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Gatewood dan Feild (1994) serta Scholarios, Lockyer dan Johnson (2003) mendefinisikan pengambilan dan pemilihan pekerja sebagai proses mengumpul dan menilai maklumat mengenai individu dalam proses menawarkan pekerjaan.”

Pada pandangan saya proses pemilihan dan pengambilan pekerja dalam setiap organisasi merupakan faktor terpenting dalam pengurusan sumber manusia ini adalah kerana pemilihan  dan pengambilan tanpa strategi yang sesuai akan mendatangkan kesan negatif  terhadap sesebuah organisasi. Besar kemungkinan ketidak-seimbangan antara jawatan kosong dengan pekerja yang diambil akan turut wujud di organisasi terlibat. Tujuan utama proses pemilihan dan pengambilan yang dijalankan oleh sumber manusia di setiap organisasi adalah untuk memastikan setiap individu yang dipilih adalah pemohon yang berkelayakan dan mampu untuk mengisi jawatan terbabit serta untuk menarik minat ramai pemohon agar organisasi terbabit mempunyai pilihan untuk menentukan calon yang paling sesuai dan layak bagi mengisi kekosongan jawatan terbabit.

Disini contoh proses gambaran bagaimana pemilihan pekerja yang dilaksanakan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dalam memilih pekerja yang memiliki kriteria kelayakkan yang tinggi dan memenuhi syarat – syarat dari segi akademik, fizikal dan mental yang ditetapkan oleh jabatan bagi mengisi kekosongan perjawatan yang sedia ada.




Langkah Pertama- Isi Borang SPA 8

Permohonan untuk memasuki Skim Perkhidmatan Bomba yang diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web SPA, dimana pemohon yang mempunyai kelayakkan akademik yang baik dan menepati serta mempunyai minat yang mendalam untuk bertugas di Jabatan ini.( www.spa8.gov.my.

Langkah Ke-2 - Ujian Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan

Mana-mana calon yang berjaya dipilih oleh SPA untuk menjalani Ujian Fizikal, Pancaindera dan kecergasan akan dihubungi secara bersurat dan semakan boleh dibuat melalui laman web SPA. Semua calon dinasihatkan untuk memastikan pendaftaran SPA 8 ini sentiasa dikemaskini atau diperbaharui setiap kali tamat tempoh setahun bermula dari tarikh pendaftaran. Calon yang memohon untuk kemasukan bagi Skim Penguasa Bomba (Kelayakan Akademik sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda) akan menerima surat untuk menjalani pemilihan secara Pusat Penilaian Individu Bomba (PPIB) di pusat-pusat tertentu.

i) Pemeriksaan Fizikal

Ukuran Berat - Min. Lelaki 48 kg, Wanita 46 kg
UkuranTinggi - Min Lelaki 1.57 m, Wanita 1.53 m
Body Mass Indexes- Berat/Tinggi/Tinggi mesti diantara 19 hingga 26.
Ukuran Dada (bagi lelaki sahaja)- ukuran dada mestilah sekurang-kurangnya 79 sm dalam keadaan biasa dan 84 sm semasa menarik nafas. Ukuran 79 sm adalah ukuran minimum. selain dari itu ukuran dada hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai perbezaan 5 sm diantara ukuran biasa dengan semasa menarik nafas.

ii) Ujian Pancaindera
Ujian Penglihatan- Ketetapan pada tahap V/6/9. Jarak calon dengan papan ujian adalah 20 kaki tanpa bantuan cermin mata atau kanta sentuh.
Ujian Pengecaman Warna - Dilaksanakan dengan meminta calon menyatakan apa yang dapat dilihat pada buku pengecaman warna.

iii) Pemeriksaan Fizikal
Pemeriksaan dibuat kepada keseluruhan tubuh badan untuk melihat keadaan fizikal seorang calon bagi kesesuaian untuk memasuki badan beruniform. Bagi calon Wanita pula, tubuh badan akan diperiksa oleh Pemeriksa wanita.

iv) Ujian Kecergasan
a) Mengangkat berat menggunakan besi angkat berat- calon lelaki perlu mengangkat besi dengan berat 54kg dan calon wanita mengangkat besi pemberat seberat 46kg.
b) Menegakkan tangga bomba- calon perlu menjulang dan menegakkan tangga bomba sehingga tegak 90 darjah. Tiada perbezaan di antara calon lelaki dan wanita.
c) Naik dan turun tangga 16 meter- Calon perlu naik dan turun tangga 16 meter yang      ditegakkan di bangunan (lebih kurang 44 anak tangga)
d) Memanjat tali sehingga 4.5 meter- calon perlu memanjat tali yang diikatkan sepanjang 4.5 meter. Tiada perbezaan di antara calon lelaki dan wanita

PUSAT PENILAIAN INDIVIDU ( PPIB )
PPIB merupakan tambahan bagi calon Kemasukan ke Skim Perkhidmatan Penguasa Bomba dimana calon Skim Perkhidmatan Penguasa Bomba KB 29 & KB 41 akan mengikuti ujian di atas di Pusat Penilaian Individu Bomba. Selepas selesai Ujian di atas calon ini akan mengikuti penilaian di dalam kelas yang dijalankan oleh fasilitator Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Langkah Ke-3- Proses Temuduga.

Calon-calon yang berjaya dalam Ujian di atas sahaja akan dipanggil untuk menjalani sesi temuduga. Sesi temuduga akan dijalankan oleh panel yang dilantik oleh pihak SPA. Calon yang lulus akan dipanggil untuk melaporkan  diri kepada Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di mana-mana tempat yang ditetapkan di dalam surat tawaran.

 Langkah Ke-4 Proses Pra-Penempatan Kursus Asas di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia.

  Pada kebiasaannya, calon akan diminta untuk melaporkan diri bagi memulakan perkhidmatan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi menjalani Kursus pra penempatan. Terdapat 5 Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia iaitu di Wakaf Tapai, Marang, Terengganu; Kuala Kubu Bharu, Selangor; Ipoh, Perak; Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.

2.5   Tempoh berkursus ( Rekrut )
       
Dalam tempoh berkursus  atau rekrut ini Pegawai –Pegawai Bomba ini akan menjalani latihan yang telah ditetapkan modulnya seperti Model Operasi ( Kawat kaki, Kawat Operasi, Kawat Pedang, Kawat Tongkat  dll.),Modul Pencegahan & Keselamatan, Modul Pengurusan, Modul kejuruteraan, dan Modul latihan Pembangunan. Pelatih – pelatih ini dikehendaki lulus dalam kesemua ujian yang ditetapkan oleh pihak Jabatan dan barulah Pegawai – pegawai tersebut akan tamat berkursus dan dianugerakan Sijil Atau Diploma Sains kebombaan.

a) Nama Kursus:  Kursus Sijil Sains Kebombaan : Pegawai Bomba Gred KB17 akan menjalani kursus ini selama sekurang-kurangnya 4 1/2 bulan.
b) Nama Kursus: Diploma Sains Kebombaan : Penolong Penguasa Bomba KB29 akan menjalani kursus ini sekurang-kurangnya selama 6 bulan
c) Nama Kursus: Diploma Lanjutan Sains Kebombaan : Penguasa Bomba Gred KB41 akan menjalani Kursus ini sekurang-kurangnya 9 bulan.

PENEMPATAN TEMPAT BERTUGAS

Setelah Pegawai – pegawai Bomba tersebut tamat berkursus dan menjalani latihan kursus mandatori ( Mencari Dan menyelamat & Alat Pernafasan  ), mereka akan ditempatkan untuk bertugas ke negeri – negeri yang mempunyai kekosongan dari segi kekosongan di bahagian operasi, pencegahan, latihan dan pembangunan.  


14 comments:

  1. Salam tuan empunya blog, sy nak tahu semasa mereka menjalani latihan rekrut perhubungan dgn ahli keluarga atau org luar ada;ah tidak dibenarkan atau bagaimana? Ada tempoh tertentu sehingga 1 atau 2 bulan baru mereka dibenarkan berhubung ke?

    ReplyDelete
  2. wasalam...untuk mkaluman cik freeda amir, dalam tempoh masa 3 bulan tidak dibenarkan untuk berhubung dengan ahli keluarga, juga tidak dibenarkan menggunakan talian telefon ini kerana dalam tempoh ini pelatih diuji pelbagai struktur latihan mental dan fizikal tetapi selepas tempoh 3 bulan ini pelatih akan dibenarkan menggunakan telefon dan keluar outing bergantung kepada jurulatih.ok

    ReplyDelete
  3. Salam tuan blog.. adakah peluang bagi kenaikan gred drpd KB 17 ke KB 29 bagi calon lepasan diploma... kebiasaanya memakan masa berapa lama? setelah tamat rekrut KB 17..



    sekian terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peluang ada, walaubagaimanapun masih akan melalui pelbagai fasa sebelum dinaikkan ke KB29. KB 19 yang ada buat masa sekarang juga ramai yang mempunyai kelulusan diploma dan ijazah.

      Delete
    2. Assalamualaikum...nk tanya... kalau lulus langkah ke3 berapa lama tempoh untuk panggilan untuk langkah ke4 ???tq

      Delete
  4. Salam encik, saya ada soalan berkaitan dengan kerjaya bomba. Harap encik sudi membantu dengan menjawab sekiranya encik ada jawapan. Saya nak tahu, kebiasaannya bila waktu pengambilan bagi pegawai bomba kb41? Saya sudah lama tunggu dan perasan yang tiada pengambilan/iklan berkaitan sejak setahun dua lepas ini. Harap encik boleh tolong. tq

    ReplyDelete
  5. Salam encik apa perbezaan diantara kb17 Dan kb19?

    ReplyDelete
  6. Salam... Saya Nak tanya kalau Bagi perempuan kalau x Cukup tinggi tapi berat Cukup lepas Ka tu dengan temuduga..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Slm tuan..blh sy tau anggaran tmpoh kputusan slepas mnjawab soalan psikometrik ya? Terima kasih tuan

    ReplyDelete
  9. assalam ,encik.. Saya nak tanya .. Kalau tinggi kurang 1cm sahaja ,tak bolehlepas juga ye ? BMI cantik dah. Cuma tinggi tu

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Tuan, sekiranya waktu pemeriksaan fizikal bmi melebihi dari 26 adakah masih boleh diteruskan dengan ujian kecergasan yang lain?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum cik, saya nak tanya, kalau dh bekerja sebagai bomba, dan sambil tu sambung degree secara pjj, adakah berpeluang untuk dinaikkan pangkat?

    ReplyDelete
  12. Top Casinos in San Francisco, CA - Mapyro
    Welcome to San Francisco 군포 출장샵 Casino and Hotel, home to many of the best 평택 출장샵 in gaming 이천 출장안마 & dining! 부산광역 출장마사지 Get details, reviews, and information for Tunica 제주도 출장마사지 Resorts.

    ReplyDelete