Wednesday 3 October 2012

Blog 1.3

TOPIK 3    :    PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN PEKERJA


          Proses prestasi pekerja adalah faktor penentu yang dinilai atau digunakan oleh Pembangunan Sumber Manusia untuk mengukur tahap prestasi setiap pekerja sepanjang tahun namun ada masa amat tidak adil kerana sebagai contoh seseorang berkerja dalam perkhidmatan dengan pelanggan setiap hari dan seseorang yang bekerja dibahagian pejabat walaupun dinilai dengan tanggungjawab namun keputusannya tidak adil kerana ianya di sebabkan matlamat utama sesebuah organisasi akan dinilai berdasarkan tahap prestasi pekerja bukan apa yang disumbangkan melalui kerjanya.


Pada pandangan aku proses penilaian prestasi yang dijalankan oleh organisasi kepada setiap pekerja adalah bermatlamat untuk memperolehi kesan positif yang dapat meningkatkan produktiviti setiap organisasi. Selain itu aku rasakan dan juga berharap agar kadar pusing ganti pekerja mampu dikurangkan kerana ganjaran akan diberikan kepada setiap pekerja yang dapat menarik perhatian para pekerja dan mempunyai imej yang baik dalam organisasi terbabit. Peningkatkan prestasi setiap pekerja juga mampu untuk meningkatkan tahap pengurusan sumber manusia.




Proses penilaian prestasi haruslah mengambil kira semua faktor–faktor yang disumbangkan oleh setiap pekerja agar penilaian yang dijalankan dapat memberikan kesan positif terhadap para pekerja dan juga organisasi itu sendiri. Berdasarkan pandanganku proses penilaian prestasi yang dijalankan hendaklah secara 2 hala dimana Majikan dan Pekerja, dapat mengetahui tahap keberkesanan ataupun tahap perkhidmatan yang telah diberikan oleh pekerja terbabit kepada organisasinya. Secara tidak langsung para pekerja juga mampu untuk meningkatkan tahap prestasinya pada masa hadapan agar mampu memberikan khidmat yang cemerlang terhadap organisasi terbabit.


Di samping itu, penilaian prestasi yang dijalankan oleh pihak organisasi juga perlulah menilai sesorang tersebut dari segi tahap keperluan untuk memberikan program latihan yang diperlukan oleh para pekerja untuk meningkatkan tahap prestasi pekerja terbabit pada masa hadapan. Selain daripada itu, pihak organisasi ini juga mampu untuk mengurangkan kos terhadap program latihan yang akan dijalankan agar program tersebut benar-benar mampu memberikan faedah kepada bukan sahaja pekerja terbabit, malah kepada pihak pengurusan sumber manusia dan organisasi itu sendiri.


No comments:

Post a Comment