TOPIK 2 : PEMILIHAN DAN PEREKRUTAN PEGAWAI
BOMBA SEBAGAI BIDANG KERJAYA ANDA
Perancangan sumber manusia merekrut dan kakitangan. Kedua-dua pengambilan dan kakitangan yang terlibat proses pemilihan tetapi berbeza dalam makna. Pengambilan adalah peringkat awal untuk menarik, skrin dan pilih individu yang memenuhi keperluan untuk jawatan kerja tertentu dalam sesebuah organisasi. Manakala bagi kakitangan adalah untuk memilih dan melatih individu untuk fungsi kerja tertentu yang terdapat dalam organisasi sebagaimana contoh Sistem Spa8 dalam pengambilan Pekerja Jawatan pegawai Bomba.
Kerjaya sebagai pegawai Bomba sememangnya satu pekerjaan yang
mencabar serta menguji kekuatan mental dan fizikal. Sebagai sebuah Jabatan
beruniform yang merupakan agensi penyelamat utama di Malaysia, pihak pengurusan
telah menetapkan bahawa, hanya mereka yang benar-benar layak dan menepati
kriteria sahaja yang boleh diambil untuk berkhidmat dengan Jabatan. Oleh sebab
itu, pemilihan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melalui Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam dijalankan dengan teliti dan mempunyai 4 peringkat sebelum
seseorang itu boleh ditugaskan dalam Operasi Kebombaan. Kemasukan ke Jabatan
ini akan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sepanjang tahun apabila
terdapat kekosongan jawatan tersebut.
( www.bomba.gov.my ).
Pengambilan
dan pemilihan pekerja dalam sesebuah organisasi merupakan fungsi yang amat
penting untuk menjamin kejayaan pengurusan sumber manusia. Tanpa strategi
pengambilan dan pemilihan yang baik, organisasi akan mengalami beberapa kesan
negatif. Huselid (1994) serta Stewart dan Knowles (2000) menegaskan bahawa
amalan pengambilan dan pemilihan pekerja akan memberi kesan ke atas prestasi
organisasi secara keseluruhannya. Sebenarnya tujuan umum pengambilan dan
pemilihan pekerja adalah untuk mencari pekerja yang terbaik bagi sesuatu
jawatan yang bersesuaian (picking the right person for the right job).
Di samping itu pihak pengurusan atasan harus memastikan kuantiti dan kualiti
sumber manusia dalam organisasi dapat menyokong segala misi, matlamat dan strategi
organisasi. Atas dasar inilah pengambilan dan pemilihan pekerja dijalankan
dengan teliti dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Gatewood dan Feild
(1994) serta Scholarios, Lockyer dan Johnson (2003) mendefinisikan pengambilan
dan pemilihan pekerja sebagai proses mengumpul dan menilai maklumat mengenai
individu dalam proses menawarkan pekerjaan.”
Pada
pandangan saya proses pemilihan dan pengambilan pekerja dalam setiap organisasi
merupakan faktor terpenting dalam pengurusan sumber manusia ini adalah kerana
pemilihan dan pengambilan tanpa strategi yang sesuai akan mendatangkan
kesan negatif terhadap sesebuah organisasi. Besar kemungkinan
ketidak-seimbangan antara jawatan kosong dengan pekerja yang diambil akan turut
wujud di organisasi terlibat. Tujuan utama proses pemilihan dan pengambilan
yang dijalankan oleh sumber manusia di setiap organisasi adalah untuk
memastikan setiap individu yang dipilih adalah pemohon yang berkelayakan dan
mampu untuk mengisi jawatan terbabit serta untuk menarik minat ramai pemohon
agar organisasi terbabit mempunyai pilihan untuk menentukan calon yang paling
sesuai dan layak bagi mengisi kekosongan jawatan terbabit.
Disini
contoh proses gambaran bagaimana pemilihan pekerja yang dilaksanakan oleh
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
dalam memilih pekerja yang memiliki kriteria kelayakkan yang tinggi dan
memenuhi syarat – syarat dari segi akademik, fizikal dan mental yang ditetapkan
oleh jabatan bagi mengisi kekosongan perjawatan yang sedia ada.
|
Langkah Pertama- Isi
Borang SPA 8
Permohonan untuk
memasuki Skim Perkhidmatan Bomba yang diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam (SPA). Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web SPA, dimana
pemohon yang mempunyai kelayakkan akademik yang baik dan menepati serta mempunyai
minat yang mendalam untuk bertugas di Jabatan ini.( www.spa8.gov.my.
Langkah Ke-2 - Ujian Fizikal, Pancaindera dan
Kecergasan
Mana-mana calon yang berjaya dipilih oleh SPA untuk menjalani
Ujian Fizikal, Pancaindera dan kecergasan akan dihubungi secara bersurat dan
semakan boleh dibuat melalui laman web SPA. Semua calon dinasihatkan untuk
memastikan pendaftaran SPA 8 ini sentiasa dikemaskini atau diperbaharui setiap
kali tamat tempoh setahun bermula dari tarikh pendaftaran. Calon yang memohon
untuk kemasukan bagi Skim Penguasa Bomba (Kelayakan Akademik sekurang-kurangnya
Ijazah Sarjana Muda) akan menerima surat untuk menjalani pemilihan secara Pusat
Penilaian Individu Bomba (PPIB) di pusat-pusat tertentu.
i)
Pemeriksaan Fizikal
Ukuran Berat - Min.
Lelaki 48 kg, Wanita 46 kg
UkuranTinggi - Min
Lelaki 1.57 m, Wanita 1.53 m
Body Mass Indexes- Berat/Tinggi/Tinggi mesti diantara 19 hingga
26.
Ukuran Dada (bagi lelaki
sahaja)- ukuran dada mestilah sekurang-kurangnya 79 sm dalam keadaan biasa dan
84 sm semasa menarik nafas. Ukuran 79 sm adalah ukuran minimum. selain dari itu
ukuran dada hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai perbezaan 5 sm diantara
ukuran biasa dengan semasa menarik nafas.
ii)
Ujian Pancaindera
Ujian
Penglihatan- Ketetapan pada tahap
V/6/9. Jarak calon dengan papan ujian adalah 20 kaki tanpa bantuan cermin mata
atau kanta sentuh.
Ujian
Pengecaman Warna - Dilaksanakan
dengan meminta calon menyatakan apa yang dapat dilihat pada buku pengecaman
warna.
iii)
Pemeriksaan Fizikal
Pemeriksaan dibuat
kepada keseluruhan tubuh badan untuk melihat keadaan fizikal seorang calon bagi
kesesuaian untuk memasuki badan beruniform. Bagi calon Wanita pula, tubuh badan
akan diperiksa oleh Pemeriksa wanita.
iv)
Ujian Kecergasan
a) Mengangkat
berat menggunakan besi angkat berat- calon lelaki perlu mengangkat
besi dengan berat 54kg dan calon wanita mengangkat besi pemberat seberat 46kg.
b) Menegakkan
tangga bomba- calon perlu menjulang dan menegakkan tangga bomba sehingga
tegak 90 darjah. Tiada perbezaan di antara calon lelaki dan wanita.
c) Naik dan
turun tangga 16 meter- Calon perlu naik dan turun tangga 16 meter yang ditegakkan
di bangunan (lebih kurang 44 anak tangga)
d) Memanjat tali
sehingga 4.5 meter- calon perlu memanjat tali yang diikatkan sepanjang 4.5
meter. Tiada perbezaan di antara calon lelaki dan wanita
PUSAT
PENILAIAN INDIVIDU ( PPIB )
PPIB merupakan tambahan bagi calon Kemasukan ke Skim Perkhidmatan
Penguasa Bomba dimana calon Skim Perkhidmatan Penguasa Bomba KB 29 & KB 41
akan mengikuti ujian di atas di Pusat Penilaian Individu Bomba. Selepas selesai
Ujian di atas calon ini akan mengikuti penilaian di dalam kelas yang dijalankan
oleh fasilitator Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Langkah Ke-3- Proses Temuduga.
Calon-calon yang berjaya
dalam Ujian di atas sahaja akan dipanggil untuk menjalani sesi temuduga. Sesi
temuduga akan dijalankan oleh panel yang dilantik oleh pihak SPA. Calon yang
lulus akan dipanggil untuk melaporkan diri kepada Ketua Pengarah Jabatan
Bomba dan Penyelamat Malaysia di mana-mana tempat yang ditetapkan di dalam
surat tawaran.
Langkah
Ke-4 Proses Pra-Penempatan Kursus Asas di Akademi Bomba dan Penyelamat
Malaysia.
Pada kebiasaannya, calon akan diminta untuk melaporkan diri
bagi memulakan perkhidmatan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi
menjalani Kursus pra penempatan. Terdapat 5 Akademi Bomba dan Penyelamat
Malaysia iaitu di Wakaf Tapai, Marang, Terengganu; Kuala Kubu Bharu, Selangor;
Ipoh, Perak; Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.
2.5 Tempoh berkursus ( Rekrut )
Dalam tempoh berkursus
atau rekrut ini Pegawai –Pegawai Bomba ini akan menjalani latihan yang telah
ditetapkan modulnya seperti Model Operasi ( Kawat kaki, Kawat Operasi, Kawat Pedang,
Kawat Tongkat dll.),Modul Pencegahan & Keselamatan, Modul Pengurusan, Modul
kejuruteraan, dan Modul latihan Pembangunan. Pelatih – pelatih ini dikehendaki
lulus dalam kesemua ujian yang ditetapkan oleh pihak Jabatan dan barulah
Pegawai – pegawai tersebut akan tamat berkursus dan dianugerakan Sijil Atau
Diploma Sains kebombaan.
a)
Nama Kursus: Kursus Sijil Sains Kebombaan : Pegawai Bomba Gred KB17 akan menjalani kursus
ini selama sekurang-kurangnya 4 1/2 bulan.
b)
Nama Kursus: Diploma Sains Kebombaan : Penolong Penguasa Bomba KB29 akan menjalani
kursus ini sekurang-kurangnya selama 6 bulan
c)
Nama Kursus: Diploma Lanjutan Sains Kebombaan : Penguasa Bomba Gred KB41 akan menjalani Kursus
ini sekurang-kurangnya 9 bulan.
PENEMPATAN TEMPAT BERTUGAS
Setelah
Pegawai – pegawai Bomba tersebut tamat berkursus dan menjalani latihan kursus
mandatori ( Mencari Dan menyelamat & Alat Pernafasan ), mereka
akan ditempatkan untuk bertugas ke negeri – negeri yang mempunyai kekosongan
dari segi kekosongan di bahagian operasi, pencegahan, latihan dan pembangunan.
|
Tuesday 2 October 2012
Blog 1.2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam tuan empunya blog, sy nak tahu semasa mereka menjalani latihan rekrut perhubungan dgn ahli keluarga atau org luar ada;ah tidak dibenarkan atau bagaimana? Ada tempoh tertentu sehingga 1 atau 2 bulan baru mereka dibenarkan berhubung ke?
ReplyDeletewasalam...untuk mkaluman cik freeda amir, dalam tempoh masa 3 bulan tidak dibenarkan untuk berhubung dengan ahli keluarga, juga tidak dibenarkan menggunakan talian telefon ini kerana dalam tempoh ini pelatih diuji pelbagai struktur latihan mental dan fizikal tetapi selepas tempoh 3 bulan ini pelatih akan dibenarkan menggunakan telefon dan keluar outing bergantung kepada jurulatih.ok
ReplyDeleteSalam tuan blog.. adakah peluang bagi kenaikan gred drpd KB 17 ke KB 29 bagi calon lepasan diploma... kebiasaanya memakan masa berapa lama? setelah tamat rekrut KB 17..
ReplyDeletesekian terima kasih..
Peluang ada, walaubagaimanapun masih akan melalui pelbagai fasa sebelum dinaikkan ke KB29. KB 19 yang ada buat masa sekarang juga ramai yang mempunyai kelulusan diploma dan ijazah.
DeleteAssalamualaikum...nk tanya... kalau lulus langkah ke3 berapa lama tempoh untuk panggilan untuk langkah ke4 ???tq
DeleteSalam encik, saya ada soalan berkaitan dengan kerjaya bomba. Harap encik sudi membantu dengan menjawab sekiranya encik ada jawapan. Saya nak tahu, kebiasaannya bila waktu pengambilan bagi pegawai bomba kb41? Saya sudah lama tunggu dan perasan yang tiada pengambilan/iklan berkaitan sejak setahun dua lepas ini. Harap encik boleh tolong. tq
ReplyDeleteSalam encik apa perbezaan diantara kb17 Dan kb19?
ReplyDeleteSalam... Saya Nak tanya kalau Bagi perempuan kalau x Cukup tinggi tapi berat Cukup lepas Ka tu dengan temuduga..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSlm tuan..blh sy tau anggaran tmpoh kputusan slepas mnjawab soalan psikometrik ya? Terima kasih tuan
ReplyDeleteassalam ,encik.. Saya nak tanya .. Kalau tinggi kurang 1cm sahaja ,tak bolehlepas juga ye ? BMI cantik dah. Cuma tinggi tu
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan, sekiranya waktu pemeriksaan fizikal bmi melebihi dari 26 adakah masih boleh diteruskan dengan ujian kecergasan yang lain?
ReplyDeleteAssalamualaikum cik, saya nak tanya, kalau dh bekerja sebagai bomba, dan sambil tu sambung degree secara pjj, adakah berpeluang untuk dinaikkan pangkat?
ReplyDeleteTop Casinos in San Francisco, CA - Mapyro
ReplyDeleteWelcome to San Francisco 군포 출장샵 Casino and Hotel, home to many of the best 평택 출장샵 in gaming 이천 출장안마 & dining! 부산광역 출장마사지 Get details, reviews, and information for Tunica 제주도 출장마사지 Resorts.