Saturday 7 December 2013

Tanggungjawab Suami Isteri

TANGGUNGJAWAB
 Tanggungjawab suami  (Hak Isteri)
  1. Memberi nafkah zahir dan batin
  2. Membayar mas kahwin kepada isteri
  3. Memberi layanan yang baik
  4. Menjaga maruah isteri
  5. Memberi didikan agama
  6. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar
  7. Menjaga dari sebarang ancaman
  8. Adil terhadap semua isteri

Tanggungjawab isteri terhadap suami (Hak Suami)
  1. Taat dan hormat kepada suami
  2. Menjaga maruah suami
  3. Memberi layanan yang baik
  4. Memuaskan hati suami  dan menyenangkan pada bila-bila masa
  5. Menjaga dan membelanjakan harta suami dengan sebaiknya
  6. Tidak keluar rumah tanpa izin
  7. Tidak mendedahkan kelemahan suami


Tanggungjawab bersama

  1. Mengekalkan kerukunan rumahtangga
  2. Memelihara dan menjaga anak-anak
  3. Memberi pendidikan yang sempurna
  4. Memberikan layanan yang saksama kepada keluarga kedua-dua belah pihak
  5. Menyediakan rawatan dan perubatan
  6. Menjamin keselamatan

 

ISTERI BERPANDUKAN AL QURAN DAN SUNNAH
Antaranya ialah:
  1. Sentiasa taat kepada Allah.
  2. Patuh kepada suami dan memelihara kehormatannya.
  3. Menyenangkan hati suami.
  4. Pergi ke mana-mana setelah mendapat keizinan suami.
  5. Tidak mudah menerima tetamu tanpa keizinan suami.
  6. Pandai melayani suaminya dan anak-anaknya.
  7. Tidak suka mengomel.
  8. Suka hidup sederhana.
  9. Tidak boros berbelanja.
  10. Tidak suka berhutang.
  11. Tidak suka mengumpat.
  12. Memelihara kehormatan diri dan keturunannya
 MERANCANG KEHIDUPAN RUMAH TANGGA
Suami hendaklah merancang kehidupan rumahtangga dan melaksanakan dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.
  1.  Mencari tempat tinggal yang selesa.
  2.  Menentukan sumber rezeki yang halal bagi menang­gung nafkah isteri dan anak-anak dan masa depan  keluarga.
  3. Berbincang suami isteri tentang perjalanan hidup berumahtangga dan rancangan pembangunan keluarga.
  4. Mengenal pasti kerja-kerja dalam rumahtangga dan cara melaksanakan mengikut bidang tugas suami atau isteri atau tugas bersama.
  5. Mengatur waktu untuk bekerj a dan untuk melaksana­kan tugas-tugas di rumah dan dalam masyarakat dan waktu untuk bermesra.
  6. Memikirkan cara-cara perhubungan yang serasi dan harmoni antara suami isteri.
  7. Mengenal pasti perkara yang digemari dan tidak di­gemari oleh suami atau isteri berlandaskan hukum Islam.
  8. Membuat persediaan untuk menghadapi kehadiran anak-anak dalam keluarga dan merancang masa hadapan mereka.
  9. Membina daya kreatif untuk mengekalkan ke­mesraan, keharmonian dan keceriaan rumahtangga.
  10. Meningkatkan kualiti keluarga supaya tercapai hasrat “Rumahku Syurgak


1 comment:

  1. Casino UK | Exclusive Bonus Codes For December 2021
    Casino UK is 사이트추천 an incredible place to play the best and most exciting online betting casino games – from slots to video slots. Claim the 카심바슬롯 BEST 바카라 커뮤니티 casino bonuses Welcome bonus: £50 casino welcome bonusCoupon code: COUPON30Promo code: CROWN50

    ReplyDelete